
Nenek sibuk didapur usang
emak menjahit baju baharu
ayah membaiki atap nan bocor
abang memasang pelita yang karat
adik terkial-kial menolong....
akhirnya Hari Raya pun Tiba....

Memandang kelangit sepi
Lantas bayu memujuk
Jangan bersedih sayang
Lalu awan pun menangis
Guruh bersuara garang
Kilat petir melancarkan amarah
Langit kelam…sedih
Jadi langit bersuara ;
Jangan menangis cik awan
Jangan menengking encik guruh
Jangan melulu tuan kilat petir
Jangan..jangan
Usah gusar..
Kerana puan matahari telah berjanji
Pada diriku
“ Akan aku limpahi cahyaku ke dunia dibawah seluruh kerajaanmu
Selagi awan adalah putih, selagi laut itu biru, selagi hutan berwana hijau.”
Pangggg…tuan kilat petir meningkah
“ apa guna…apa guna..
Manusia..manusia memusnahkan semua”
Grrrrrkkkkkk…encik guruh mengangguk…
“ memang benar…kita patut menghukum manusia. Biarkan cik awan menangis…biarkan..biarkan. Kejutkan Raja Gelora”
Haahahahhahahaha…
Cik Awan berhenti menangis
Kenapa kau berhenti menangis?..tanya Langit.
Kenapa kau berhenti menangis?..tanya encik guruh
Kenapa kau tidak terus menanagis?..tengking tuan kilat petir
Kata si putih awan….
Kerana aku melihat seorang manusia
Jiwanya seputihku, niatnya sebiru laut, tingkahnya sehijau hutan,
Dia membuang sampah kedalam tong,
Lalu tersenyum kepadaku
aku berhenti menangis demi membalas senyumannya...
Dari sinar matamu bila kita bersua
Aku tahu..
Dari senyum tawarmu bila aku ketawa
Aku tahu..
Dari keangkuhanmu bila aku bertanya
Aku tahu..
Andainya kau telah jatuh cinta
Pada gadis ini
Maka aku juga ingin kau tahu
Bahawa aku telah jatuh hati
Pada dirimu..
(beritahulah aku agar aku tahu)