Tuesday, September 18, 2007

WAHAI ANAK BANGSA



sajak ini adalah nukilan daripada Puan Nazatul Nur Zihan bin Mohd Nazri..penghuluwati masa BTN yang lalu...dia ni sgt energetic orangnya...tgk sekali x pcy, dah ada anak rupanyer....hehe ...

masihkah kau tidur dipetang yang sibuk
masihkah kau lena dibuai mimpi lama
masihkah kau enak dipantai yang tenang
sedarlah, bangkitlah dari lenamu
bangkitlah dari khayalanmu
jangan kau biar ketenangan ini berlalu
jangan kau biar hutan-hutan damai menjadi sengsara
jangan kau biar anak-anak kita
menangis, merintih , melarat dan merana
kerana kita yang leka
kerana kita yang angkuh
pada kemewahan, keamana, kedamaian dan keangkuhan
yang kita sendiri tidak pasti bila akhirnya
tidakkah kau sedar
dunia ini penuh cabaran
perjalanan ini masih jauh
perjuangan ini masih belum selesai

sedarlah anak bangsa
negara kita tinggi nilainya
negara kita kaya budinya
negara kita kan gah di mata dunia
genggamlah ia, tatang lah ia,
cintailah negara kita
agar kemerdekaan milik kita selamanya
MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA....

p/s: all the best untuk kaka zihan....kem salam kat baby..dah setahun saya agak..(^^)

No comments: