Tuesday, June 12, 2007
HIKAYAT RAJA KUNING (the last queen of Pattani)
setiap hidup dan cita-cita
puteri tempuhi penuh duka
ibunda ijau ,biru dan ungu
melaut cinta pada negara
Cinta ungu cumalah bahan
Demi Pattani, penuh kecintaan
ke Pahang membawa harapan
agar tanah sentiasa aman
Kuning lahir jua kedunia
pergi ayahanda dalam gelita
pulang ke Pattani bersama ibunda
demi tanah yang mereka cinta
seperti ibu, kuning berkorban
demi pattani, kuning dinikahkan
dari Siam, Okya Decho datang
menyambut puteri nan rupawan
hati ungu menjadi rawan
biru tersenyum ,tanah bertahan
demi Phra chao yang dinobatkan
biarlah...cuma sedikit kegusaran
Pergi biru, Ungu mengganti
Singgahsana indah tidak terperi
Siam ditentang sepenuh hati
inilah saat yang di nanti-nanti
Kuning dinikahkan sekali lagi
Sultan Johor kini beristeri
kuning tersenyum penuh seri
sedang Okya Decho berapi-rapi
Siam bersedia menyerang Pattani
pahang datang, bantuan diberi
sultan johor tak berdiam diri
demi kuning yang dicintai
Namun cinta cumalah hati
Putera Johor kini berbagi
seorang penyanyi menjadi ganti
cinta kuning hancur sekali
Kejamnya putera sudah ditelan
Kuning yang baik sudah maafkan
putera dan keluarga dihantar pulang
kini kuning hidup sendirian
siam dimusuhi, kini adalah kawan
sedekad berlalu dalam ingatan
Kuning digulingkan oleh Kalantan
kerana masalah tidak terlawan
Ke johor ratu mencari bantuan
namun ajal menyapa datang
kampung pancor bersemadilah harapan
puteri Pattani dalam ingatan........
H.H. Paduka Sri Raja Kuning binti al-Marhum Sultan 'Abdu'l Ghaffar Muhi ud-din Shah (nama Thailand: Phra Nang Chao Ying).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment