Thursday, February 26, 2009
AKU MAHU PULANG
Telah aku tidur dalam bayang-bayang resah
Di bilik-bilik sunyi
Di rumah-rumah kesal
Aku di sini….sendiri
Aku sedayanya bangkit
Memasang lilin rindu
Di jendela kaca rapuh
Lalu padam diseru bayu
Dengari aku….
Aku mahu pulang
Pada cinta itu
Ingin kembali ke daerahmu
Meski aku tahu
Ini cuma omongan hati kerdilku
Kerna akal masih tidak menerima
kehilanganmu
Tuesday, February 24, 2009
BERCERMIN
Mencermin diri di cermin waktu
Mengimbas episod-episod yang berlalu
Tangisku untuk dosa-dosa
Taubatku yang nasuha
zahirku di sini
Cuba membasuh dosa
Dan bermimpi
Menemui bahagia yang abadi
Biar dunia berputar dan berputar lagi
Meninggalkan semua kisah pahit ini
Akanku imbas di cermin kembali
Sedikit waktu lagi dengan jiwa yang lebih berisi
Sunday, February 22, 2009
SIAPAKAH MANUSIA
Siapakah yang digelar manusia
adakah si tolol yang memperjuangkan ideologinya
adakah si keparat yang mengejar nama dan takhtanya
adakah si pemilik yang di rampas haknya
adakah si si tua ?
adakah si muda ?
adakah si perempuan ?
adakah si laki-laki ?
adakah si kaya ?
adakah si miskin?
adakah si pendita ?
adakah si jahil ?
Siapa...siapa
Beritahu kepadaku
siapakah dia yang digelar manusia
kerna aku melihat manusia kini tidak lagi layak digelar manusia
dan manusia juga tidak lagi di layan seperti manusia
Subscribe to:
Posts (Atom)