Wednesday, October 31, 2007
SEBUAH DIARI, SEPUCUK SURAT
sebuah diari diatas meja
terbuka megah nanti dibaca
sedang rahsia itu adalah kaca
pecah tak mungkin bercantum semula
sepucuk surat disampingnya
datang membawa tuba
bersama titisan air mata duka
membasahi helaiannya
sekeping kertas berakhirnya cerita
kad biru pengganti bicara
sulaman emas hurufnya
hilang sudah mimpi kita
mengapa ia perlu hadir jua
sedang noktah telah kita jumpa
rindu kini adalah seksa
surat ini, tidak mungkin akan aku baca.......
Wednesday, October 10, 2007
SALAM LEBARAN
lembaran baru hidup dibuka
dalam suasana bergembira
ketupat dodol pembuka bicara
ditutup dengan sampul berwarna
malam hari berseri-seri
pelita dan lilin yang menyala sunyi
riuh suara kanak-kanak berlari
tanda tiba hari yang pasti
salam lebaran untuk semua
indah sungguh seluruh desa
pakaian indah lagi mewangi
senyuman dari hati ke hati
To Sr Najibah and Kak Arni
Sempena Hari Raya ni, sueda nak minta maaf banyak2 kat kak Jibah and Kak Arni coz sueda dah hilangkan poem akak berdua....sorry sesangat..(~~)
apa2 pun thank u kerana sudi berkongsi kisah suka dan duka kita di Kem Alor Gajah dulu...
n for kak arni thank u for the lovely photos...
For information, Cik Arni is a lecturer at Politeknik Kota Melaka (a very dedicate one, I can see that) and Sr Najibah is a Science Officer at IIUM kuantan (same as mine)...
P/s : thank u for being my 'kakak' for 1 whole week.
NATION BUILDING COURSE GROUP MEMBERS
Subscribe to:
Posts (Atom)