Thursday, February 01, 2007

JIKA DITANYA PADA RINDU


Jika ku tanya pada rindu
mengapa hadir dalam sendu
jika ku tanya pada jiwa
mengapa mesti hati merana

merana jiwa, merajuk badan

merajuk jiwa, merana badan
merana jiwa, meranalah badan
merajuk jiwa, merajuklah badan

Jika akur pada rajuk
sampai bila harus dipujuk
jika merana kerana rindu
manalah penawar ingin kutemu

akurlah pada rindumu
iakanlah kata hatimu
hilangkanlah rajuk hatimu
nescaya bahagia mengekorimu